Khamis, 17 Mac 2016

Curi hati dia [ Bab 1 ]

BAB 1

Aira bangun  dari tidurnya, dia melihat keadaan sekeliling.Ya, masih sama seperti semalam.Kotor dan semak..hanya itu yang mampu diungkapkan.Aira hanya mampu mengeluh.Sejak abahnya berkahwin dengan Puan Mariya iaitu "Janda Anak Satu" dia semakin terabai abahnya semakin pilih kasih.Layaknya dia anak tiri abahnya.Air matanya menitis perlahan-lahan umi..abah dah tak sayang Aira lagi

"Hei! Tak reti nak bangun lagi ke ?!" teriak Puan Mariya.Aira hanya mampu menunduk."Aku tanya tu jawab la!" tengking Puan Mariya sambil menunjal kepala Aira berkali-kali.Aira hanya membiarkan perbuatan Puan Mariya itu."Kau pekak ke bisu ?!' tinggi suara Puan Mariya ."Mak cik..."perlahan Aira memanggil , puan Mariya hanya tersenyum sinis "apa" tanya Puan Mariya sambil tangannya mencengkam kuat rambut Aira ."Sakit Aira minta maaf .."luah Aira ."Sebagai tanda maaf kau pada aku, aku nak kau bagi semua duit belanja kau bulan ni kepada Fathyne" ujar Puan Mariya."Tapi , mak cik..Aira macam mana ?" tanya Aira pilu."Kau bagi ja la jangan banyak cakap". kata Puan Mariya.

******

Suasana di meja makan gamat dengan gelak tawa Fathyne , Puan Mariya dan Encik Qayyum.Aira hanya mendiamkan dirinya."oh , ya Aira duit belanja yang abah beri untuk bulan nih masih ada kan?"tanya Encik Qayyum.Aira menelan air liur,tekaknya terasa sakit untuk mengeluarkan suara."dah habis la tu!".sindir Puan Mariya.Fathyne menjeling sambil tersenyum sinis.Encik Qayyum mengerutkan dahinya "betul ka dah habis Aira?" tanya Encik Qayyum."Yaaa...bergetar suara Aira menjawab pertanyaan Encik Qayyum."cam nih la abah tak akan beri duit untuk Aira bulan nih tuk memberi pengajaran kepada Aira".ujar Encik Qayyum.Aira hanya mampu mengangguk.




Nantikan sambungannya ;)
    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan